Cik Teng Cinta ini

Tuesday, February 21, 2012

Kakak VS Adik


Tidak ada kakak dalam dunia ni yang benci adiknya.. Takkan ada kakak dalam dunia ni yang menyampah tengok muka adiknya.. Takkan ada kakak dalam dunia ni mendoakan kecelakaan untuk adiknya.. Takkan ada kakak dalam dunia ni mengharapkan perpisahan untuk adiknya.. Takkan ada kakak dalam dunia ni yang mengimpikan kejatuhan adiknya.. Takkan ada kakak dalam dunia nie yang tak sayangkan adiknya..

Walau di mana sekalipun adiknya berada pasti sentiasa dekat di hati sanubari.. Walau luka di hati dek perbuatan adiknya pasti akan terpadam kelak.. Walau marahkan adiknya pasti akan lenyap dek sayangnya pada si adik.. Walau penat lelah menghulurkan bantuan pasti hilang dek kasihnya pada si adik.. Walau tabahnya hati seorang kakak pasti akan menangis jua..

Biar beribu kenalan yang datang namun adik tetap di hati.. Biar beribu musibah menimpa namun adik tetap di hati.. Biar beribu kemarahan tersemat namun adik tetap di hati.. Biar beribu kekayaan yang dikecapi namun adik tetap di hati.. Biar beribu kali maaf dipohon namun adik tetap di hati.. 

~Tiada yang lebih sempurna tanpa seorang yang bernama adik~

No comments: