Cik Teng Cinta ini

Monday, February 20, 2012

KENAPA?


KENAPA perlu membenci sedangkan boleh menyayangi?
KENAPA perlu memarahi sedangkan boleh menasihati?
KENAPA perlu menengking sedangkan boleh menutur seperti biasa?
KENAPA perlu menaruh dendam sedangkan boleh memaafkan?

KENAPA perlu mengambil sedangkan boleh meminta?
KENAPA perlu menyembunyi sedangkan boleh menunjukkan?
KENAPA perlu menipu sedangkan boleh berterus-terang?
KENAPA perlu berlagak baik sedangkan sudah jelas jahat hatinya?

KENAPA perlu membisu sedangkan boleh bersuara?
KENAPA perlu meninggikan suara sedangkan boleh menghormati?
KENAPA perlu hilang hormat sedangkan jelas perbezaan umurnya?
KENAPA perlu rasa bongkak sedangkan tiada yang perlu dibanggakan?

KENAPA perlu ada keburukan sedangkan jelas kebaikkannya?
KENAPA perlu menidakkan sedangkan jelas kebenarannya?
KENAPA perlu bersifat ego sedangkan diri tidak sebegitu?
KENAPA perlu menghasut sedangkan boleh memperbetul keadaan?

KENAPA perlu terjadi?
KENAPA perlu terjadi semua ini?
KENAPA perlu terjadi semua ini dalam kehidupan?
KENAPA perlu terjadi semua ini dalam kehidupan semua orang?


p/s : persoalan ini ada kaitan dengan yang hidup sebab Cik Teng tak pernah ada pengalaman dengan yang mati.. Harap Maklum~

No comments: